April 18, 2014

Tipikal Drama Melayu.

Aku baru saja menonton drama melayu di Astro Ria, sesuatu yang jarang aku buat lebih-lebih lagi pada waktu hari bekerja. Setiap plot dan babak aku dah boleh agak jalan ceritanya dan malangnya semua yang aku agak tu betul, aku benci bila aku betul. Aku lihat, banyak babak-babak yang dikitar semula dari drama melayu lain.

Pasteurisasi si pengarah.

Antara babak-babak tipikal  dalam drama melayu yang boleh aku ketengahkan ialah, babak wajib dalam sesebuah drama melayu iaitu babak makan di restoran mewah di Bukit Bintang atau Ampang. Sepasang kekasih duduk makan di restoran mewah, si lelaki dengan rambut sikat tepi macam Azhar Sulaiman, duduk di hadapan kekasih berbuah dada ala-kadar berbangga dengan aksesori barang kemas tajaan Habib Jewels.

Kemudian datang waiter melayu lengkap dengan bow-tie dan minta pesanan. Sesuatu yang kerap dipesan ketika makan di dalam mana-mana drama melayu ialah fresh orange. Jarang aku lihat mereka memesan tongkat ali ataupun kacip fatimah, wain merah lagilah.

Kemudian ialah babak rogol di dalam kereta. Di dalam drama melayu, aktiviti rogol boleh dilakukan tanpa perlu si mangsa membuka seluar atau jeans yang dipakainya. Tidak ada elemen kepuasan dan ejakulasi yang biasanya akan menampakkan rembesan-rembesan sperma si pelaku di lokasi kejadian. Sedar-sedar dah selesai. Mungkin pengarah bimbang, plot dramanya akan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem dan seterusnya terpaksa bersoaljawab dengan produser.

Sungguh tak masuk akal.

Sampai bila, drama melayu kita perlu diisi dengan babak-babak tipikal ini? Aku sudah bosan dan disebabkan ini aku lebih suka menonton filem-filem luar di HBO, sekurang-kurangnya aku tak perlu betul setiap kali mengagak jalan ceritanya.