April 23, 2014

Orientasi Urban

Tengah hari tadi, aku duduk berbual dengan rakan perniagaan aku, Irene, seorang perempuan cina yang aku rasa mungkin dia dilahirkan 40 tahun lepas, atau mungkin jugak 50 tahun lepas, aku tak pasti dan malas nak tanya. Dia seorang pengarah seni di salah satu syarikat pengiklanan di Bayan Baru sana, seorang perempuan yang agak enthusiastic dan optimis.

Aku selesa berbual dengan dia sebab dia suka berbahasa melayu, macam produser David Teo yang sedang ditemuramah skuad Melodi. Dia tak berlagak langsung macam sesetengah melayu yang suka hantar aku email dalam bahasa kolonial dan meluahkan isi hati, malas aku nak layan melayu yang macam ni.
Annoying.
Berbalik kepada cerita Irene tadi, banyak yang aku bualkan dengan dia dan yang paling menarik minat aku ialah pendapat dia tentang peniaga yang berniaga sesuatu yang meletakkan orang muda sebagai sasaran perniagaannya. Dia beritahu aku yang peniaga yang sebegini tidak akan kekal lama. Fragile dan hanya sesuai untuk perniagaan jangka pendek.
Aku tanya dia kenapa?
Dia senyum dan jawab, "Power to purchase"

Berniaga adalah tentang menjual dan membeli, peniaga menjual dan pelanggan membeli. Yang menjual perlukan keuntungan dari si pembeli melalui produk yang dijualnya dan bagaimana dia mahu menjual produknya jika golongan sasarnya ialah golongan yang kurang mampu? Sebagai contoh, kamu menjual urban merchandise yang berharga ribuan ringgit dan pelanggan sasaran kamu sudah tentulah dari golongan muda. Mungkin ada segelintir dari mereka yang agak berkemampuan dan membeli urban merchandise kamu, tapi berapa ramai? Berapa banyak urban merchandise yang akan keluar dari kedai kamu setiap hari sedangkan kamu perlu bayar kos overhead perniagaan kamu yang tinggi?
Logik, dan kemudian aku terfikir tentang mereka yang diklasifikasikan sebagai golongan urban yang pernah menggunakan perkhidmatan aku. Ada yang tak mampu bayar deposit, ada yang berhutang, ada yang diam lepas aku siapkan kerja aku, ada juga yang minta aku buatkan itu dan ini dengan hanya bermodalkan air liur. 

Macam sial,

Semuanya jenis yang sembang kencang. Nasib baik itu cuma sekelumit dari mereka yang pernah berurusan dengan aku, sebab pelanggan aku biasanya datang dari semua golongan. 

Jadi kalau kamu hanya setakat riuh di Twitter, di Facebook, sila jangan berlagak dengan aku, aku juga boleh buka akaun Facebook atau Twitter aku dan follow @NajibRazak di sana. Tapi aku malas, sebab aku ada kehidupan yang kamu tak ada.