Pedulikan tajuk, tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. Aku sedang sibuk menGoogle tentang Homer Simpson dan aku terjumpa beberapa perkara menarik tentang watak buku The Day Of The Locust tu.
Macam biasa sedikit info yang aku berikan, kamu boleh Google dan terus gali maklumat yang kamu mahukan, stalk dan kemudian jadi bijak seolah-olah Homer Simpson tinggal di sebelah rumah kamu.
Okay abaikan sebab aku tak kisah pun, mari aku ceritakan beberapa perkara menarik tentang Homer Simpson.
Homer Simpson adalah ikon, filasuf, pemimpin, bapa mithali, pujangga,
penyair, guru, Big Kahuna, Mr. Big, otai dan pelanggan tahunan setiap
tahun bagi produk beer berjenama Duff. Dia bukanlah seorang Art Director
di dalam majalah KLue, bukannya gitaris kumpulan KLPHQ ataupun seorang
bekas VJ Spacebar, dia juga tak ada kena mengena dengan kumpulan Damage
Digital, kaki clubbing jauh sekali, dan aku yakin yang dia juga bukan
seorang pereka laman web.
Homer Simpson adalah salah satu watak penting di dalam siri animasi tv terkenal The Simpson,
salah satu siri animasi tv yang aku suka, bercorak parodi
yang menyindir gaya hidup golongan pertengahan Amerika yang
dicontohi keluarga Simpson yang terdiri
daripada Homer, Marge, Bart, Lisa, dan Maggie. Siri animasi tv ini telah
ditayangkan lebih daripada 400 episod, memang agak lain daripada siri
animasi tv yang lain, tapi bukan itu yang mahu aku ceritakan.
Coelho, melalui The Alchemist
berkata semuanya tentang perjalanan, bukan destinasi. Jadi, aku tak
mahu bawa kamu melencong, mari teruskan dengan perjalanan mengenali
watak patriak agung, Homer Simpson.
Homer Jay Simpson lahir pada Mei 1960 dari ayahnya Abraham Simpsons dan ibunya Mona Simpsons. Homer ditinggalkan ibunya yang kemaruk untuk masuk ke dalam kelompok Hippie yang menentang pembangunan laboratorium virus dan kuman milik Mr. Burns. Homer belajar di Springfield High School ketika remaja dan berkahwin dengan Marge Bouvier, seks selepas pesta dan terus berkahwin kemudiannya melahirkan anak yang pasifis dan anarkis,
si Bart, Lisa dan Maggie Simpson.
Bermulalah situasi kecoh yang kerap
menyindir pelbagai ciri-ciri tabiat masyarakat termasuklah kebudayaan
Amerika, masyarakat, dan televisyen. Kamu mungkin pernah perasan yang
ada sedikit perkataan yang menggunakan pengaruh Bahasa Melayu dalam
istilah-istilah pelik dalam bahasa ciptaan yang pernah diungkapkan Homer
melalui siri animasi tv ini, antaranya ialah istilah ‘Yahoodies’ daripada perkataan asal Bahasa Arab yahud
yang kemudiannya dimelayukan kepada Yahudi. Oleh kerana perkataan
yahudi sering digunakan di sini sebagai satu istilah menghina, contohnya
A.R. Tompel dalam filem Ahmad Albab ‘Jubah Yahudi mabuk’, penggunaan istilah yahoodies oleh Homer di dalam siri animasi tv ini juga membawa tujuan yang sama. Penuh dengan sindiran.
Selain itu, Homer juga lebih dikenali dengan pengaruh humor yang dibawanya. Antaranya ialah babak ketika Homer bekerja sebagai Blackjack Dealer di kasino Mr. Burns, babak di antara Homer dan orang yang baru dikenalinya di kedai pakaian Constington,
babak di antara Homer, Marge dan senapang yang baru dibelinya dan
banyak lagi babak yang agak lucu bagi aku.Ya, bagi kamu juga kalau kamu
jenis yang tak perlukan bantuan gas Joseph Priestley semata-mata hanya untuk membuatkan kamu ketawa dan nampak bodoh selepas tu.
Aku tak mahu cerita banyak, cukup kalau kamu kenal dengan watak Homer Simpson dan kamu boleh teruskan menGoogle
jika kamu nak. Ataupun jika kamu jenis yang pemalas, kamu boleh tonton
siri The Simpson yang kini ditayangkan semula di saluran FOX di Astro.